Monday 2 May 2016

Pengawetan Makanan

Kepentigan Pengawetan Makanan

Tujuan pengawetan makanan ialah:untuk menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma.

Kaedah Pengawetan Makanan

1.Pendidihan 

Pendidihan ialah proses memanaskan makanannpada suhu yang tinggi.

Contohnya:


2.Penjerukan

Penjerukan ialah proses merendam makanan di dalam larutan gula dan garam.Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengawet buah-buahan dan sayur-sayuran.

Contohnya:


3.Pembungkusan vakum

Pembungkusan vakum ialah proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.

Contohnya:


4.Pengeringan

Pengeringan ialah kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan.Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari atau ketuhar.

Contohnya:


5.Penyejukbekuan dan Pendingin

Penyejukbekuan ialah kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku 0 darjah celcius dan ke bawah.

Pendinginan ialah kaedah penyimpanan makanan di dalam persekitaran bersuhu kurang dari 18 darjah celcius.

Contohnya:



6.Pemasinan

Pemasinan ialah menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan pada makanan.Kaedah ini merupakan kaedah yang digunakan sejak dahulu lagi.Kaedah ini digunakan untuk memasinkan ikan,telur dan sayur-sayuran.

Contohnya:


7.Pelilinan

Pelilinan ialah prosesmenyalut buah dan sayuran seperti epal,oren,lemon dan tomatodengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya.Kaedah ini juga dapat mengekalkan kesegaran buah.

Contohnya:


8.Pengetinan dan pembotolan.

Pengetinan dan pembotolan melibatkan proses mendidihkan makanan untuk membunuh mikroorganisma.Makanan kemudiannya disejukkan dan dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Contohnya:



9.Pempasteuran

Pempasteuran ialah proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera.

Contohnya:


10.Penyalaian

Penyalaian ialah kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.Kaedah ini boleh memperbantutkan pertumbuhan mikroorganisma.

Contohnya:


Kepentigan Pengawetan Makanan

1.Mengatasi masalah bekalan makanan.

2.Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh sebuah negara boleh dinikmati di negara lain.

3.Makanan bermusim sentiasa diperoleh.

4.SEnang disiman dan mudah diangkut.

5.Makanan yang diawet boleh disimpan lebih lama dan memenuhi keperluan bekalan makanan sepanjang tahun.

Makanan yang tidak diawet akan menjadi rosak.

Ciri-ciri makanan yang rosak.

1.Bertukar warna menjadi hitam,berkulat dan berbuih.

2.Berbau busuk.

3.berasa masam dan berlendir.






4 comments:

  1. saya akan menggunakan semua info yang diberi ini.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Adam! Blog yang sangat menarik dan berinformasi. Cikgu harap kamu dapat memanfaatkan segala maklumat yang telah kamu isikan.

    ReplyDelete
  3. Harrah's Resort Southern California - MapyRO
    Harrah's Resort Southern 김포 출장안마 California 안동 출장안마 in Valley Center, CA. 나주 출장안마 View real-time driving 익산 출장마사지 directions, check reviews 경산 출장샵 and RSVP. Leave a review.

    ReplyDelete